Friday, 14 June 2013

Syurga :)

Bismillahirahmanirahim..

Cerita Habib Abdullah tentang syurga, subhanaAllah
lepas tu ada majlis tahnik dgn qasidah, bestnyeee.. nyanyi kuat kot, tak hirau pun org len suke qasidah sgt2 rasa tak sabar lak nak buat tahnik anak sendiri dgn Habib hikss..
Renungan utk diri sendiri dan sahabat fillah insyaAllah:
perempuan yang beramal soleh dan beriman di dunia, kelak di syurga, Allah naik kan tingkat kecantikannya 70kali ganda.
kat syurga tak ada orang yang berjanggut kecuali Nabi Muhammad s.a.w, Nabi Ibrahim, Nabi Yussuf.
batang pokok syurga dari emas, daun dari zamrud.
kat syurga, semua sifat yang tak baik kat dunia mcm sombong, dengki, etc. takde da kat syurga. :')
5 tingkat wanita di akhirat :
1) meninggal sebelum kahwin - Allah janji kan perkahwinan utk dia kat akhirat nanti dengan lelaki yg belum pernah berkahwin jugop. paling best, Allah bagi perempuan tu yg pilih sendiri lelaki yang dia nak sebagai zauj. Allahu :')

2) meninggal lepas cerai dan tak kahwin lain - yg ni ada banyak qaul, ada yg kata, Allah tanya perempuan tu nak bersama suami yg dah bercerai dulu atau nak yang lain.

3) kahwin tapi suami tak masuk syurga - sama mcm nombor 2 jugop jawapan dia.

4) meninggal lepas kahwin - bersama dengan suami dia kat syurga tapi dengan syarat suami dia pun beramal soleh jugop

5) suami meninggal tapi perempuan tu tak kahwin lain - banyak mana pun perempuan tu kahwin, dia akan bersama dengan orang yang last dia kahwin( ni menurut hadis Imam at-Tirmizi) erm.. ini dikuatkan lagi dengan research(research la sgt!) soleha tadi, hehehh.. >>> “Satu peristiwa telah datang kepada Nabi SAW, seorang lelaki seraya berkata : Wahai Rasulullah SAW! Ada orang yang mencintai sesuatu kaum, tetapi dia tidak dapat bersama dengannya kelak (di hari kiamat). Maka Bersabda Nabi SAW. Orang itu akan bersama-sama dengan orang yang dicintai.”
-Sahih Bukhari dan Muslim-

** sila betulkan jika ada kesilapan tq ada lagi pengisian, insyaAllah sambung lain waktu pulak. renung-renungkan dan selamat beramal. 



-9 november 2012, yayasan restu, shah alam-

No comments:

Post a Comment