Tuesday, 18 June 2013

nota berkaitan 'kelebihan orang yg memelihara al-Quran' :)

Bismillahirahmanirahim..

tausiyah dari Habib Kazim as-seggaf
- orang yang mendengar ilmu lalu mengamalkannya digelar ulul albab
- Allah swt sgt memuji ulul albab
- mukmin yang mendengar perkara yang baik, itulah orang yang Allah berikan petunjuk kepadanya
- Allah swt menggambarkan orang yang mempunyai akal tanpa berfikir adalah orang yang lalai
- pertama sekali syukur kepada Allah swt kerana menghidupkan hati kita untuk faham dan baca al-quran. apabila kita baca al-quran Allah akan buka hati kita untuk faham al-quran.
- perkara yang agung yang Allah berikan mukjizat adalah al-quran
- puji Allah swt kerana beri kita nikmat ayat al-quran
- Allah swt tak akan cinta selain kepada orang yang baca al-quran
- orang yang membaca al-quran setiap hari tidak akan ada manusia yang tahu apa yang Allah akan kurniakan kepadanya
- Allah tidak akan butakan mata orang yang membaca al-quran
- disebutkan dalam satu kisah seorang imam yang mahu membaca al-fatihah semasa naik rakaat kedua, imam tersebut tidak mampu membaca al-fatihah. di akhir solat, jemaah solat bertanya kepada imam tersebut, " mengapa?" imam tersebut menjawab, "aku tak ingat langsung". lalu mereka membuka al-quran dan mendapati hanya ada kertas kosong (Allahurabbi  pada masa itu, manusia akan tahu bahawa Allah telah mengambil al-quran(bukan kerana manusia lupa). manusia pada masa itu akan kesal kerana tidak dapat membaca al-quran. oleh itu manusia hendaklah baca, faham dan hafaz al-quran.
- al-quran akan nampak asing bagi orang yang baca tapi tidak faham. al-quran juga nampak pelik jika jarang dibaca kerana Allah tidak kurniakan kefahaman melainkan membacanya setiap hari. ibnu Baihaqi meriwayatkan, " sesiapa yang membaca sekali surah yasin umpama membaca 10 kali al-quran."
- surah-surah yang boleh dijadikan amalan:
1) surah ad-Dukhan - utk dijauhkan dari azan neraka
2) surah al-Waqiah 

3) surah al-Mulk - dijauhkan dari seksa neraka sekiranya djadikan amalan sebelum tidur setiap hari
4) surah as-Sajadah
5) surah al-Zalzalah
6) surah al-Ikhlas - siapa yang banyak membacanya, Allah akan menyintainya. diceritakan bahawa ada seorang imam yang sangat suka membaca surah ini dan dia dipersoalkan oleh jemaah solat. lalu jemaah membawa persoalan ini kepada Rasullulah, lalu Rasullulah bertanya, "mengapa?" maka imam tersebut menjawab, " kerana aku suka surah ini yang mengandungi sifat Allah" lalu Rasullulah menjawab, " kerana kamu suka akan surah ini maka kamu akan masuk syurga Allah. anta ma'a man ahbabta." subhanaAllah.. 
7) istighfar, selawat dan baca al-quran kalau amalkan banyak manfaatnya.  surah al-A'laa- 
9) surah al- Israa' - sebelum tidur Rasullulah akan baca surah ni
- orang yang membaca al-quran sebelum fajar akan dinaikkan darjatnya 

(tak kenal Habib mana yang bagi tausiyah. tapi ni pengisian dia)
- digalakkan membaca dan menghafaz al-quran ketika berumur 5 tahun 
- setiap bacaan al-quran akan dinaikkan darjat di akhirat. darjat yang diangkat oleh Allah sama banyak dengan bilangan yang dibaca (imam al-hadad)
- barangsiapa menjaga al-quran, Allah akan menjaganya
- bacaan bersanad adalah perkara yang sangat bernilai di sisi Allah
- hendaklah seseorang wanita itu menjaga pandangan bermula dari wangi-wangian
- tarbiyatul aulad sangat penting kerana ibu umpama madrasah. hendaklah seorang ibu mengajar anaknya walaupun 5 ayat al-quran. 



fahimtum? hehe.. asif jiddan. semoga kita diberi kefahaman oleh Allah swt 
mohon check semula nota ni sekiranya ada sebarang khilaf. asif sekali lagi terdapat banyak kekurangan dalam nota ni kerana khilaf diri ini sendiri. tak dapat taip semua sebab kejar masa utk study final exam.


29 disember 2012, yayasan restu.



No comments:

Post a Comment