Sunday 25 May 2014

Alhamdulillah

Basmallah

alhamdulilah thumma alhamdulillah

one step closer ya Allah.

thanks for giving the chance to me.

please help me go through all my journey ya Allah.

without You i am nothing.

23/5/2014
a very meaningful date for me, masyaAllah tabarakallah :)

insyaAllah next update later  ^_^



Tuesday 18 March 2014

fly high

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,
All praises to Allah swt.

tengah hari tadi first time seat for psychometric test and its really psiko beb.
kalau xberapa cerdik mcm saya memang rasa seperti di 'piling' masuk ke dalam tanah T_T

what ever it is, alhamdulillah so far boleh jawab and harapannya agar score tinggi ehee =P

seriously,
dengan serabut anak saudara masuk hospital, dengan tak sure nak further ke tak, dengan bla bla bla..
proposal pun tak buat lagi ni, tahu? tak ada idea to what topics that i need to do ='(
oh Allah, guide me please.

interview minggu depan dengar-dengarnya kena present proposal, celah mana pulak nak present proposal-nya? huwaaaaa... apa-apa pun mesti kena kuat semangat.. habiskan master on time, score high cgpa, then..
FLY HIGH

kalau dapat offer sambung overseas ni, this is the first time saya naik kapal terbang T_T
ohh dengan cuak kehilangan MH370 lagi.. optimis.. optimis.. moga Allah buka hijab dan permudahkan urusan mencari MH 370 amin.. even i do all this things for the sake of my future,  bukan sebab dunia, tapi utk akhirat.

nak kaya sebab akhirat
nak berjaya sebab akhirat
nak merantau pun sebab akhirat

betulkan nawaitu.  insyaAllah khair.

Allah,
you are the best planner.
i love you Allah.

Tuesday 18 June 2013

nota kecil (part 2)


Syeikh pesan tadi, istiqamah baca al-quran. jadikan al-quran sebagai teman. kalau kita sanggup pusing balik ke rumah beberapa km utk ambil hp yg tertinggal di rumah, kenapa tidak begitu jika al-quran yg tertinggal? if kita tak mampu nak hafaz 30juzuk al-quran, kita masih berpeluang utk lahirkan generasi yg hafaz al-quran. dimana jika kita mati kelak, anak2 kita yg menghafaz al-quran ini akan membantu kita ketika berada di dalam kubur kerana doa mereka adalah doa anak2 yg soleh. azamlah utk menjadi sebahagian keluarga al-quran. Syeikh tadi ada 12 adik beradik dan alhamdulillah semua hafaz al-quran. masyaAllah tabarakallah.

20 januari 2013, masjid sultan abdul aziz shah.

nota kecil :)

dear Allah, thank you so much 

tausiyah dari habib mahdi:
- Allah akan jadikan anak yang soleh bergantung kepada niat dan azam ibu itu ketika anak itu berada dalam kandungan lagi.
-hak pertama utk dapat anak yang soleh :
1) cari suami/isteri soleh
2) ketika anak baru dilahirkan; azan, tahnik(pecah mulut err tak sure la bm dia, tapi yang bagi baby manisan tu la. ni penting supaya air liur dr org soleh dpt bergabung dgn darah anak kita, mudah2an anak kita dpt jd soleh juga), bercukur etc. kalau ibu bapa abaikan bnde2 mcm ni, maka ibubapalah punca utama kerosakan anak2.
3) didik anak2 dari awal lagi dengan akhlak Rasullulah. setiap hari pastikan anak2 berakhlak mulia. besarkan anak2 dengan adab. tarbiyah amat penting dan diceritakan bahawa imam nawawi sewaktu kecil di ajak oleh kawan2 utk bermain ketika waktu petang, namun imam nawawi enggan kerana mahu membaca al-quran. beliau menangis sambil membaca al-quran kerana dipaksa bermain bersama kawan2. hee..
-jgn mudah berpuas hati dengan anak2 yg mendapat pendidikan di sekolah
- wanita bertanggungjawab dalam rumah suaminya dan dia akan di tanya di akhirat tentang anak2nya.
-pakar psikologi menyatakan bahawa pelukan seorang ibu dan ibu yang menemani anaknya ketika tidur akan memberi kesan yang sgt penting kpd tumbesaran anak-anaknya.

sesi soal jawab :
soalan : ketika anak kecil dengar kata-kata ibu bapa, kenapa dah besar melawan mak ayah?
jawapan : kerana tak menjaga persekitaran anak-anak dengan sahabat2nya yang tak berakhlak. ketika kecil anak2 membesar dalam kalangan ibu bapa sebab tu dengar cakap mak ayah. bila besar, anak2 bercampur dengan kawan2 yang kurang berakhlak dan terpengaruh.

conclusionnya, tarbiyyah(pendidikan) itu sangat penting dalam kehidupan dan saya berterima kasih kepada Allah,mak dan ayah saya kerana sangat-sangat menjaga saya dari kecil sehingga sekarang. ayah saya adalah hero yang paling awesome dan superb kerana sanggup teman anaknya ini ke tempat praktikal setiap hari tanpa gagal dan menemani saya melakukan research thesis di kuala pilah dan taiping(ayah ikut distribute questionnaire ke respondent huhuh). biar pun ada yg kata mengada-ada even dah umur 22 tahun memanja dengan ayah.. so what??? hee..


27 disember 2012, yayasan restu.


nota berkaitan 'kelebihan orang yg memelihara al-Quran' :)

Bismillahirahmanirahim..

tausiyah dari Habib Kazim as-seggaf
- orang yang mendengar ilmu lalu mengamalkannya digelar ulul albab
- Allah swt sgt memuji ulul albab
- mukmin yang mendengar perkara yang baik, itulah orang yang Allah berikan petunjuk kepadanya
- Allah swt menggambarkan orang yang mempunyai akal tanpa berfikir adalah orang yang lalai
- pertama sekali syukur kepada Allah swt kerana menghidupkan hati kita untuk faham dan baca al-quran. apabila kita baca al-quran Allah akan buka hati kita untuk faham al-quran.
- perkara yang agung yang Allah berikan mukjizat adalah al-quran
- puji Allah swt kerana beri kita nikmat ayat al-quran
- Allah swt tak akan cinta selain kepada orang yang baca al-quran
- orang yang membaca al-quran setiap hari tidak akan ada manusia yang tahu apa yang Allah akan kurniakan kepadanya
- Allah tidak akan butakan mata orang yang membaca al-quran
- disebutkan dalam satu kisah seorang imam yang mahu membaca al-fatihah semasa naik rakaat kedua, imam tersebut tidak mampu membaca al-fatihah. di akhir solat, jemaah solat bertanya kepada imam tersebut, " mengapa?" imam tersebut menjawab, "aku tak ingat langsung". lalu mereka membuka al-quran dan mendapati hanya ada kertas kosong (Allahurabbi  pada masa itu, manusia akan tahu bahawa Allah telah mengambil al-quran(bukan kerana manusia lupa). manusia pada masa itu akan kesal kerana tidak dapat membaca al-quran. oleh itu manusia hendaklah baca, faham dan hafaz al-quran.
- al-quran akan nampak asing bagi orang yang baca tapi tidak faham. al-quran juga nampak pelik jika jarang dibaca kerana Allah tidak kurniakan kefahaman melainkan membacanya setiap hari. ibnu Baihaqi meriwayatkan, " sesiapa yang membaca sekali surah yasin umpama membaca 10 kali al-quran."
- surah-surah yang boleh dijadikan amalan:
1) surah ad-Dukhan - utk dijauhkan dari azan neraka
2) surah al-Waqiah 

3) surah al-Mulk - dijauhkan dari seksa neraka sekiranya djadikan amalan sebelum tidur setiap hari
4) surah as-Sajadah
5) surah al-Zalzalah
6) surah al-Ikhlas - siapa yang banyak membacanya, Allah akan menyintainya. diceritakan bahawa ada seorang imam yang sangat suka membaca surah ini dan dia dipersoalkan oleh jemaah solat. lalu jemaah membawa persoalan ini kepada Rasullulah, lalu Rasullulah bertanya, "mengapa?" maka imam tersebut menjawab, " kerana aku suka surah ini yang mengandungi sifat Allah" lalu Rasullulah menjawab, " kerana kamu suka akan surah ini maka kamu akan masuk syurga Allah. anta ma'a man ahbabta." subhanaAllah.. 
7) istighfar, selawat dan baca al-quran kalau amalkan banyak manfaatnya.  surah al-A'laa- 
9) surah al- Israa' - sebelum tidur Rasullulah akan baca surah ni
- orang yang membaca al-quran sebelum fajar akan dinaikkan darjatnya 

(tak kenal Habib mana yang bagi tausiyah. tapi ni pengisian dia)
- digalakkan membaca dan menghafaz al-quran ketika berumur 5 tahun 
- setiap bacaan al-quran akan dinaikkan darjat di akhirat. darjat yang diangkat oleh Allah sama banyak dengan bilangan yang dibaca (imam al-hadad)
- barangsiapa menjaga al-quran, Allah akan menjaganya
- bacaan bersanad adalah perkara yang sangat bernilai di sisi Allah
- hendaklah seseorang wanita itu menjaga pandangan bermula dari wangi-wangian
- tarbiyatul aulad sangat penting kerana ibu umpama madrasah. hendaklah seorang ibu mengajar anaknya walaupun 5 ayat al-quran. 



fahimtum? hehe.. asif jiddan. semoga kita diberi kefahaman oleh Allah swt 
mohon check semula nota ni sekiranya ada sebarang khilaf. asif sekali lagi terdapat banyak kekurangan dalam nota ni kerana khilaf diri ini sendiri. tak dapat taip semua sebab kejar masa utk study final exam.


29 disember 2012, yayasan restu.



Friday 14 June 2013

Syurga :)

Bismillahirahmanirahim..

Cerita Habib Abdullah tentang syurga, subhanaAllah
lepas tu ada majlis tahnik dgn qasidah, bestnyeee.. nyanyi kuat kot, tak hirau pun org len suke qasidah sgt2 rasa tak sabar lak nak buat tahnik anak sendiri dgn Habib hikss..
Renungan utk diri sendiri dan sahabat fillah insyaAllah:
perempuan yang beramal soleh dan beriman di dunia, kelak di syurga, Allah naik kan tingkat kecantikannya 70kali ganda.
kat syurga tak ada orang yang berjanggut kecuali Nabi Muhammad s.a.w, Nabi Ibrahim, Nabi Yussuf.
batang pokok syurga dari emas, daun dari zamrud.
kat syurga, semua sifat yang tak baik kat dunia mcm sombong, dengki, etc. takde da kat syurga. :')
5 tingkat wanita di akhirat :
1) meninggal sebelum kahwin - Allah janji kan perkahwinan utk dia kat akhirat nanti dengan lelaki yg belum pernah berkahwin jugop. paling best, Allah bagi perempuan tu yg pilih sendiri lelaki yang dia nak sebagai zauj. Allahu :')

2) meninggal lepas cerai dan tak kahwin lain - yg ni ada banyak qaul, ada yg kata, Allah tanya perempuan tu nak bersama suami yg dah bercerai dulu atau nak yang lain.

3) kahwin tapi suami tak masuk syurga - sama mcm nombor 2 jugop jawapan dia.

4) meninggal lepas kahwin - bersama dengan suami dia kat syurga tapi dengan syarat suami dia pun beramal soleh jugop

5) suami meninggal tapi perempuan tu tak kahwin lain - banyak mana pun perempuan tu kahwin, dia akan bersama dengan orang yang last dia kahwin( ni menurut hadis Imam at-Tirmizi) erm.. ini dikuatkan lagi dengan research(research la sgt!) soleha tadi, hehehh.. >>> “Satu peristiwa telah datang kepada Nabi SAW, seorang lelaki seraya berkata : Wahai Rasulullah SAW! Ada orang yang mencintai sesuatu kaum, tetapi dia tidak dapat bersama dengannya kelak (di hari kiamat). Maka Bersabda Nabi SAW. Orang itu akan bersama-sama dengan orang yang dicintai.”
-Sahih Bukhari dan Muslim-

** sila betulkan jika ada kesilapan tq ada lagi pengisian, insyaAllah sambung lain waktu pulak. renung-renungkan dan selamat beramal. 



-9 november 2012, yayasan restu, shah alam-