Tuesday, 18 June 2013

nota kecil :)

dear Allah, thank you so much 

tausiyah dari habib mahdi:
- Allah akan jadikan anak yang soleh bergantung kepada niat dan azam ibu itu ketika anak itu berada dalam kandungan lagi.
-hak pertama utk dapat anak yang soleh :
1) cari suami/isteri soleh
2) ketika anak baru dilahirkan; azan, tahnik(pecah mulut err tak sure la bm dia, tapi yang bagi baby manisan tu la. ni penting supaya air liur dr org soleh dpt bergabung dgn darah anak kita, mudah2an anak kita dpt jd soleh juga), bercukur etc. kalau ibu bapa abaikan bnde2 mcm ni, maka ibubapalah punca utama kerosakan anak2.
3) didik anak2 dari awal lagi dengan akhlak Rasullulah. setiap hari pastikan anak2 berakhlak mulia. besarkan anak2 dengan adab. tarbiyah amat penting dan diceritakan bahawa imam nawawi sewaktu kecil di ajak oleh kawan2 utk bermain ketika waktu petang, namun imam nawawi enggan kerana mahu membaca al-quran. beliau menangis sambil membaca al-quran kerana dipaksa bermain bersama kawan2. hee..
-jgn mudah berpuas hati dengan anak2 yg mendapat pendidikan di sekolah
- wanita bertanggungjawab dalam rumah suaminya dan dia akan di tanya di akhirat tentang anak2nya.
-pakar psikologi menyatakan bahawa pelukan seorang ibu dan ibu yang menemani anaknya ketika tidur akan memberi kesan yang sgt penting kpd tumbesaran anak-anaknya.

sesi soal jawab :
soalan : ketika anak kecil dengar kata-kata ibu bapa, kenapa dah besar melawan mak ayah?
jawapan : kerana tak menjaga persekitaran anak-anak dengan sahabat2nya yang tak berakhlak. ketika kecil anak2 membesar dalam kalangan ibu bapa sebab tu dengar cakap mak ayah. bila besar, anak2 bercampur dengan kawan2 yang kurang berakhlak dan terpengaruh.

conclusionnya, tarbiyyah(pendidikan) itu sangat penting dalam kehidupan dan saya berterima kasih kepada Allah,mak dan ayah saya kerana sangat-sangat menjaga saya dari kecil sehingga sekarang. ayah saya adalah hero yang paling awesome dan superb kerana sanggup teman anaknya ini ke tempat praktikal setiap hari tanpa gagal dan menemani saya melakukan research thesis di kuala pilah dan taiping(ayah ikut distribute questionnaire ke respondent huhuh). biar pun ada yg kata mengada-ada even dah umur 22 tahun memanja dengan ayah.. so what??? hee..


27 disember 2012, yayasan restu.


No comments:

Post a Comment